Wednesday, 11 July 2012

Sejarah Penubuhan Koperasi

Sejarah Penubuhan Koperasi

Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan telah ditubuhkan dengan rasminya, di bawah Ordinan Koperasi Malaysia pada 28 Oktober 1952, dengan nombor pendaftaran 1800.  Ahli dengan bilangan 1350 pada tahun 2012 ini,antara ahli terdiri daripada golongan guru dari Temerloh, Bentong, Maran

Sagumpas adalah tempat mengadu untuk mendapat pertolongan kewangan di masa lalu, mungkin juga di masa kini. Apabila anak hendak melanjutkan pelajaran Sagumpas juga tempat mengadu dan boleh membuat pinjaman. Bila sudah berkeluarga rumah hendak di beli , Sagumpas juga tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sagumpas seolah-olah sebuah bank bagi guru dengan pinjaman mudah.

Kini, Sagumpas telah berusia mencecah 60 tahun pada tahun ini. Begitu banyak jasa nya kepada ahli-ahlinya, kerana kini Sagumpas telah beroperasi pula dalam lapangan memajukan projek perumahan, kedai buku, kedai tayar, memberi derma siswa kepada ahli dan anak-anak ahli, selain dari berbagai pinjaman mudah bayar dengan bayaran perkhidmatan yang sedikit.

Koleksi Mutiara kata pagi nie


Assalamualaikum..



 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
 

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

mutiara kata
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu
kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
 

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa
sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. 
 

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.
 

 
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun
manusia jalang
 

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kata-kata mutiara
 
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di  sekelilingmu menangis. 
 

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain. 
 

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
(Khalifah Abdul Malik Marwan) 
 

 



Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan
Salam Sahabat2 Ku.Ape khabar sume????Nmpak stress je buat blog petang nie......Relaks lah....
Senyum tak perlu kata ape2.....

"Nie Gambar2 peserta Asas Membangunkan Blog yang cemerlang"
  

 

Wah peserta yang cemerlang sume2 nie...."Tbaik lah"


Amboi santai betul En nie hehe

Begitu Tekun sahabat ku berkursus




Yakin Boleh sume ye...Go Go Cayok ye rakan2..

Monday, 9 July 2012

Saat Indah Menuntut llmu

Pertama Kali Belajar Membuat Blog

  • Harap ia berhasil hehehe
  • Sesuatu ilmu yang baru perlu kite pelajari
  • Do The Best ( Go Go Cayok) 













  • Nie adelah antara sahabat n rakan2 yg menghadiri Kursus