Wednesday 11 July 2012

Sejarah Penubuhan Koperasi

Sejarah Penubuhan Koperasi

Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan telah ditubuhkan dengan rasminya, di bawah Ordinan Koperasi Malaysia pada 28 Oktober 1952, dengan nombor pendaftaran 1800.  Ahli dengan bilangan 1350 pada tahun 2012 ini,antara ahli terdiri daripada golongan guru dari Temerloh, Bentong, Maran

Sagumpas adalah tempat mengadu untuk mendapat pertolongan kewangan di masa lalu, mungkin juga di masa kini. Apabila anak hendak melanjutkan pelajaran Sagumpas juga tempat mengadu dan boleh membuat pinjaman. Bila sudah berkeluarga rumah hendak di beli , Sagumpas juga tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sagumpas seolah-olah sebuah bank bagi guru dengan pinjaman mudah.

Kini, Sagumpas telah berusia mencecah 60 tahun pada tahun ini. Begitu banyak jasa nya kepada ahli-ahlinya, kerana kini Sagumpas telah beroperasi pula dalam lapangan memajukan projek perumahan, kedai buku, kedai tayar, memberi derma siswa kepada ahli dan anak-anak ahli, selain dari berbagai pinjaman mudah bayar dengan bayaran perkhidmatan yang sedikit.

No comments: